12 Aug 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM/SETARAF 2014/15

Assalamualaikum dan Salam 1M.
Jatabanner
Semakan keputusan permohonan ke ipta lepasan STPM/ Setaraf 2014 boleh dibuat mulai hari ini.
Untuk semakan sila ke url berikut : https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/index.php
Tahniah kepada yang berjaya.
Rayuan juga dibuka bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos di url yang sama.

11 Aug 2014

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA KPM DAN IPS AMBILAN 0GOS 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar lepasan PMR 2013 yang berminat untuk memohon program Diploma Vokasional Malaysia Ambilan Ogos 2014 anjuran KPM dan Institut Pendidikan Swasta boleh membuat permohonan secara online di url berikut : http://apps5.moe.gov.my/sptv/mohon_ips_2014/

Tarikh buka : 11 Ogos 2014 dan Tarikh tutup pada 15 Ogos 2014.

7 Aug 2014

MAJLIS KHATAM AL QURAN SMK BENTONG 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah dan kurnia nya kita telah berjaya menjalani madrasah ramadhan 1435h.  Semoga amalan di dalam bulan tersebut dapat dilaksanakan secara istiqamah. Amin.



4 Aug 2014

KEMBALI BERSEKOLAH...




Assalamulaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah setelah menjalani ibadah puasa kita kembali kepada fitrah. Semoga segala amalan yang ditimba semasa ramadhan mendapat keberkatan daripada yang maha Esa. Seterusnya kita teruskan dengan istiqamah. Cuti selama seminggu telah memberi ruang kepada kita untuk menyambut bulan syawal ini.
Cuti telahpun berakhir kembalilah kita kepada ttugas dan tanggungjawab kita yang belajar teruskan usaha dan yang bekerja teruskan tugasmu dengan ikhlas sebagai ibadah. amin.
Kepada calon SPM dan PT3 tugas semakin mencabar manfaatkan masa dan ruang yang masih berbaki bagi menggapai kejayaan. Usah biarkan masa berlalu kerana tidak dapat dikejar.  Fokus kepada peperiksaan yang tidak lama lagi. Berikan komitmen sepenuhnya dengan dedikasi.
Akhirnya tiada masa yang tidak berharga setiap saat menyumbang kepada kejayaan dan kebahagian kita.
SELAMAT BERHARI RAYA.



22 Jul 2014

LAWATAN DAN IFTAR RAMADHAN PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Warga sekolah merakam ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr Naimah Bt Ishak ( Pengarah Lembaga Peperiksan Malaysia di atas kesudian melawat sekolah dan seterusnya menghadiri majlis iftar ramadhan bersama guru dan warga aspura dan aspuri SMK Bentong.
Dalam lawatan pada 17 Julai ( Khamis) Yang Berbahagia juga diringingi oleh Ketua Sektor Penilaian dan Pepriksaan JPN Pahang.  Terima kasih.



17 Jul 2014

PROGRAM KOLABORATIF KPM DAN ILKA AMBILAN 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar Tingkatan 4 /2014 yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh mendapatkan maklumat melalui url berikut :  http://apps5.moe.gov.my/sptv/mohon_ilka_2014/






Tarikh permohonan dibuka :  14 /07/2014
Tarikh tutup                       :   03 /08/2014

8 Jul 2014

Sekitar Program Menangani Gejala Disiplin Daerah Bentong 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

PPD Bentong dan MGKK Bentong telah mengadakan  Program Menangani Gejala Disiplin Daerah Bentong pada 26 JUN 2014 yang lalu bertempat di PPD Lama Bentong.. Seramai 106  peserta terdiri daripada pelajar SMK dalam daerah telah mengikui program tersebut. Semoga pengisian program ini dapat membentuk pelajar ke hala tuju yang positif. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.








5 Jul 2014

KEJOHANAN SUKAN SMKB KALI KE 47 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Tahniah Rumah Tunku Abdul Rahman ( Kuning )yang muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan 2014.Sepakat membawa berkat, Komitmen semua yang telah menjayakan kejohanan diucapkan ribuan terima kasih. Kejohanan telah diadakan pada 25JUN 2014 yang lalu.


2 Jul 2014

PROGRAM MATRIKULASI KPM 2015/16.

Assalamulaikum dan Salam 1M.


Makluman kepada semua calon SPM 2014 , permohonan Program Matrikulasi KPM  sesi 2015/16 telah mula dibuka mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2014. Permohonan secara online dengan cara membeli nombor pin  BSN  (RM 6.00) melalui kaunselor sekolah/ guru yang bertanggungjawab atau membli sendiri di BSN.

Untuk maklumat lanjut sila layari url berikut:   http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm