12 Apr 2011

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2010

Tanggal 23 MAC 2011 adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua calon SPM 201o serta guru Tarikh keramat ini boleh membawa berita gembira tak kurang juga yang sedih. Namun bagi seorang guru kejayaan pelajarnya sudah cukup menghilangkan segala penatlelah selama ini. TAHNIAH ke pada calon SMKB yang telah menduduki exam. Alhamdulillah SMKB berjaya meningkatkan peratus lulus serta bilangan pelajar yang cemerlang. Seramai 18 orang pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan antara 5A hingga 9A. Sekolah biasa yang berusaha untuk mengasilkan pencapaian yang luar biasa.

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2010

1. NORSHAFIKA NADIRA BINTI TUAN AB AZIZ 9A

2. NUR ATHIRAH BINTI MUSTAFA 9A

3. SITI NOORHAJAR BINTI MOHAMED SAUFI 8A

4. NOR SYAHIDAH BINTI MAT NA’AIM 7A

5. MUHAMAD AFDHAL BIN KHATAB 7A

6. NURSAKINAH BINTI SULAIMAN 7A

7. LIYANA AKMAL BINTI MOHD YUSOF 6A

8. SITI BATRISHIA BINTI HAMDAN 6A

9. SITI HANEE NAJWA BINTI HASSAN 6A

10. MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT 6A

11. NORASLINDA BINTI JAMIL 6A

12. SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD TAIB 6A

13. MUHAMAD KHAIRI BIN ABD HADDI 6A

14. FARAH HANANI BINTI MAZLAN 5A

15. NURUL ASYIQIN BINTI AHMAD 5A

16. NUR RUHAIDAH BINTI RAHMAT 5A

17. PUTERI NURUL SYIFA’ BINTI BAHARUDIN ALI 5A

18. NOR SHADATUL AKMA BINTI MOHAMAD 5A

11 Apr 2011

KARNIVAL KERJAYA PERHATI DAERAH BENTONG


Dewan Keris Mas SMK Bentong telah dipilih sebagai lokasi karnival kerjaya Perhati 2011. Sejumlah 20 IPTA dan IPTS serta Pusat Kemahiran mengambil bahagian. Program ini julung kali diadakan dan dilaksanakan bersama oleh Majl;is Guru Kaunseling Daerah Bentong dan PPD Bentong dan di anjurkan oleh Yayasan Pahang.Program ini diadakan pada 24 MAC 2011 dan dirasmikan oleh Tuan PPD Bentong En. Liew Kim Choon.

10 Feb 2011


ADAKAH ANDA TAHU?

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien, meneroka, menganalisis memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor(Peraturan-peraturan– kelakuan dan tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukan memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan tentang apa yang harus individu berkenaan lakukan.

Matlamat Umum Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling

¨ Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan

¨ Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusan.

¨ Memperkembangkan potensi diri.

¨ Perubahan tingkahlaku

¨ Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

¨ Mengajar klien bertanggungjawab atas diri sendiri.

¨ Baiki imej diri yang negatif.

¨ Mempertingkatkan kemampuan menyelesaikan masalah yang dihadapi

¨ Melegakan tekanan & konflik

INGATLAH, KAUNSELING BUKANNYA…

1. Kaunselor memberi nasihat

2. Psikoterapi

3. Rawatan pesakit mental yang teruk

4. Bercakap dan bercakap tanpa tindakan

5. Menyelesaikan semua masalah kehidupan

9 Feb 2011

KATAKAN TAK NAK KEPADA BULI

Buli... Katakakan tak nak kepada buli. Sekolah seharusnya menjadi tempat yang sangat kondusif bagi pelajar untuk menimba ilmu. Namun perbuatan buli berlkau jua walau sekadar kecil tapi kesannya amat berat kepada mangsa'Dalam usaha mencegah perbuatan ini Unit Kaunseling , Unit Disiplin dan Bina Insdan sama-sama mengadakan program " Katakakan Tak Nak Kepada BULI". Kempen ini telah dilancarkan oleh GPK HEM Pn. Zarimah Zakaria pada hari Isnin yang lalu bersamaan 7 Februari 2011.

POLISI BULI

“ Bahawasanya, pengetua, guru-guru, staf, pengawas, pelajar di sekolah ini menentang sekeras-kerasnya perbuatan membuli oleh warga sekolah dan sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan jenayah ini.”





4 Jan 2011

SALAM MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU 2011

Selamat menyambut tahun baru kepada semua warga SMKB khususnya. dalam sedar tak sedar dan sesingkatnya pusingan waktu berlalu begitu pantas dah setahunpun berlalu. Tahniah kepada Calon PMR 2010 yang telah pun berjaya melangkah ke alam menengah atas. Kepada yang cemerlang teruskan usaha mu untuk lebih gemilang di SPM nanti.,kepada yang lain jangan cepat berputus asa gagal bukan bererti kalah selagi ada peluang dan ruang perjuangan perlu diteruskan supaya hasilnya dapat dikecapi sewaktu SPM nanti.
Tahniah juga kepada sekolah yang berjaya mengekalkan tempat pertama kategori sekolah menengah harian di daerah Bentong.Semoga kejayaan ini akan menggarap keinginan untuk memacu prestasi sekolah sebagai sekolah berprestasi tinggi.

SEKITAR AKTIVITI UBK AKHIR TAHUN 2010



Majlis penyampain cenderamata Program Kecemerlangan SPM SMKB anjuran PIBG dan Yayasan Mara





En. Roslan - Seminar Matematik SPM.









Jati Diri Remaja 2010 di Dusun Eco Resort .







Pengurusan Jenazah antara aktiviti Pasca PMR 2010