Assalamualaikum.
Tahukah anda hari ini 31 Mei setiap tahun adalah hari tanpa tembakau? Biasanya tembakau berkait sangat rapat dengan kegiatan merokok. Tak kira rokok biasa, rokok gulung mahupun cerut ia merupakan bahan yang mengandungi tembakau yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh individu yang menggunakannya. Maalah kesannya juga lebih serius kepada perokok pasif iaitu individu yang berada dipersekitaran perokok.
Rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan beracun dan mengancam kesihatan dan juga nyawa. Berita Harian Khamis ( 31 /5/4012) menyebut perangkaan 60 orang remaja sehari terjebak dengan aktiviti merokok. Oleh yang demikian peranan kita sebagai ibubapa berperanan utama dalam membimbing anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti merokok. Bantuan diperingkat awal dapat mengelakkan ketertlibatan diperingkat yang lebih serius. Samalah kita katakan tidak kepada rokok.
31 May 2012
28 May 2012
Dah Mula Cuti...
Assalamumalaikum. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah khususnya murid. Rasanya baru lagi kita bercuti pada bukan Mac yang lalu. Begitulah pantasnya waktu beredar. Dalam cuti sekolah eloklah pelajar manfaatkan masa sebaik mungkin. Perancangan aktiviti yang beraedah sangan membantu pengisian cuti selama 2 minggu ini. Bagi yang mengambil PMR dan SPM sudah tentunya waktu ini sangat bermakna dan perlulah diisi seimbang dan keutamaanya belajar sebagai perrsediaan untuk peperiksaan. Kalau di hari persekolahan guru bertanya dan berpesan supaya bersedia dan menyiapkan tugasan tetapi di kala ini peranan diri sendiri lebih utama.
Pelajar yang inginkan kejayaan tidaka pernah membazirkan masa malah setiap saat diisikan dengan aktivti yang dapat meningkatkan prestasi belajarnya. Rehat itu perlu tetapi bukan relaks sesuka hati.
15 May 2012
SELAMAT HARI GURU 2012
UBK SMKB merngucapkan selamat hari guru 2012
" GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Subscribe to:
Posts (Atom)