Assalamumalaikum. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah khususnya murid. Rasanya baru lagi kita bercuti pada bukan Mac yang lalu. Begitulah pantasnya waktu beredar. Dalam cuti sekolah eloklah pelajar manfaatkan masa sebaik mungkin. Perancangan aktiviti yang beraedah sangan membantu pengisian cuti selama 2 minggu ini. Bagi yang mengambil PMR dan SPM sudah tentunya waktu ini sangat bermakna dan perlulah diisi seimbang dan keutamaanya belajar sebagai perrsediaan untuk peperiksaan. Kalau di hari persekolahan guru bertanya dan berpesan supaya bersedia dan menyiapkan tugasan tetapi di kala ini peranan diri sendiri lebih utama.
Pelajar yang inginkan kejayaan tidaka pernah membazirkan masa malah setiap saat diisikan dengan aktivti yang dapat meningkatkan prestasi belajarnya. Rehat itu perlu tetapi bukan relaks sesuka hati.
No comments:
Post a Comment