31 May 2012

Hari Tanpa Tembakau

Assalamualaikum.
Tahukah anda hari ini 31 Mei setiap tahun adalah hari tanpa tembakau? Biasanya tembakau berkait sangat rapat dengan kegiatan merokok. Tak kira rokok biasa, rokok gulung mahupun cerut ia merupakan bahan yang mengandungi tembakau yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh individu yang menggunakannya. Maalah kesannya juga lebih serius kepada perokok pasif iaitu individu yang berada dipersekitaran perokok.

Rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan beracun dan mengancam kesihatan dan juga nyawa. Berita Harian Khamis ( 31 /5/4012) menyebut perangkaan 60 orang remaja  sehari terjebak dengan aktiviti merokok. Oleh yang demikian peranan kita sebagai ibubapa berperanan  utama dalam membimbing anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti merokok. Bantuan diperingkat awal dapat mengelakkan ketertlibatan diperingkat yang lebih serius. Samalah kita katakan tidak kepada rokok.

No comments:

Post a Comment